Musim Perintah Kawalan Pergerakan, #PKP ini memang meninggalkan pelbagai kenangan kepada rakyat Malaysia. Tatkala barisan hadapan bertungkus - lumus melawan covid19, kita yang terpaksa duduk di rumah pula sibuk dengan pelbagai aktiviti masa lapang yang secara tidak langsung telah memperkenalkan bakat yang terpendam dalam diri selama ini.
Masa ini lah kita dapat menyaksikan kehadiran seorang ibu muda bernama Pavithra yang sahamnya naik ke kemuncak selepas masakannya dalam saluran YouTube miliknya menjadi sensasi, sehinggakan segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, termasuk perdana menteri sendiri menjadi peminatnya.
Kelebihan Sugu Pavi antaranya tidak lain tidak bukan dek kerana kefasihannya dalam bahasa Melayu dalam setiap episod masakannya. Boleh dikatakan, kalau bukan pertama, Pavithra mungkin antara yang terawal perkenalkan konsep itu.
Ketika kita menuju penghujung PKP (harap2 akan tamat lah 31 Ogos ini ), kini seorang lagi muncul dengan konsep yang hampir sama. Cuma bahasanya lain.
Orangnya bernama Nur Atiqah Thunaiswari Abdullah, isteri kepada legenda lompat jauh / kijang negara Mohd Zaki Zadri.
Kelainannya ialah, Thunaiswari berbahasa Tamil sepanjang proses memasak itu. Best kan ! 👌
Penulis yang sudah lama menjadi kawan facebook Zaki, selalu jugak terserempak dengan dengan posting masakan bini dia nie. Sekadar melihat gambar hidangan itu pun dah ada feel win. Tapi kelmarin agak terkejut jugak bila tengok dah ada channel masakan sendiri.
Tahniah.
Pemilihan nama channel jugak sangat kreatif.
Mana tidaknya, "TooNice's Samaiyal" ( samaiyal dalam bahasa Tamil bermaksud masakan).
TooNice - ringkasan kepada Thunaiswari, yea Zaki ? 😊
Macam tu lah, kena kreatif...baru boleh bagi gegar!
Episode pertama ( harap2 banyak lagi episod akan menyusul ) menyajikan #IkanSiakapMasakAsamPedas. Namanya dah gempak bukan. Korang pergi tengok dulu episod itu.... pasti akan terliur melihatnya 😎😅
Ringkas dan Jelas. Itu sijil ( fuiyoo, sijil) penulis kepada episod pertama !
Yang belum sempat menontonya klik link ini 👉 TooNice's Sammyal
Amacam, Sodap ?
Yang belum cuba itu, cuba lah dulu.
Ini dia antara hasil tangan puan Thunaiswari sebelum ini 👇
Okay, ini baru episod pertama, jadi bukan tujuan penulis untuk 'melebih-lebih', tapi kelainan yang dibawa itulah yang membuatkan #Viyan tampil dengan artikel ini. Viyan percaya saudari TooNice ada kebolehan untuk terus tampil dengan masakan-masakan Melayu yang lagi lazat.
Sekali-sekala kasi lah masakan India pulak. Sape tahu ada resipi tradisi keluarga!
Cumanya, boleh lah pertimbangkan untuk letak sari kata di bawah. Jadi rakan-rakat kita yang lain pun senang dan mudah memahiminya, betul kan?
Apa pun Tahniah dan Selamat Maju Jaya penulis ucapkan kepada Abang Zaki dan keluarga.
Semoga sukses yea .... 👌
Rakyat Malaysia ini banyak keistimewaannya.
Tolak perbezaan ke tepi.
Sama-samalah kita menyanjung kepelbagaian kaum, bangsa dan agama!
End of the day, kita semua SATU KELUARGA!
- Jumpa lagi 👋 @Viyan
Masa ini lah kita dapat menyaksikan kehadiran seorang ibu muda bernama Pavithra yang sahamnya naik ke kemuncak selepas masakannya dalam saluran YouTube miliknya menjadi sensasi, sehinggakan segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, termasuk perdana menteri sendiri menjadi peminatnya.
Kelebihan Sugu Pavi antaranya tidak lain tidak bukan dek kerana kefasihannya dalam bahasa Melayu dalam setiap episod masakannya. Boleh dikatakan, kalau bukan pertama, Pavithra mungkin antara yang terawal perkenalkan konsep itu.
Ketika kita menuju penghujung PKP (harap2 akan tamat lah 31 Ogos ini ), kini seorang lagi muncul dengan konsep yang hampir sama. Cuma bahasanya lain.
Orangnya bernama Nur Atiqah Thunaiswari Abdullah, isteri kepada legenda lompat jauh / kijang negara Mohd Zaki Zadri.
Zaki ketika zaman kegemilangannya |
Penulis yang sudah lama menjadi kawan facebook Zaki, selalu jugak terserempak dengan dengan posting masakan bini dia nie. Sekadar melihat gambar hidangan itu pun dah ada feel win. Tapi kelmarin agak terkejut jugak bila tengok dah ada channel masakan sendiri.
Sammayal in Tamil Asam Pedas
Tahniah.
Pemilihan nama channel jugak sangat kreatif.
Mana tidaknya, "TooNice's Samaiyal" ( samaiyal dalam bahasa Tamil bermaksud masakan).
TooNice - ringkasan kepada Thunaiswari, yea Zaki ? 😊
Macam tu lah, kena kreatif...baru boleh bagi gegar!
Episode pertama ( harap2 banyak lagi episod akan menyusul ) menyajikan #IkanSiakapMasakAsamPedas. Namanya dah gempak bukan. Korang pergi tengok dulu episod itu.... pasti akan terliur melihatnya 😎😅
Yang belum sempat menontonya klik link ini 👉 TooNice's Sammyal
Amacam, Sodap ?
Yang belum cuba itu, cuba lah dulu.
Ini dia antara hasil tangan puan Thunaiswari sebelum ini 👇
Okay, ini baru episod pertama, jadi bukan tujuan penulis untuk 'melebih-lebih', tapi kelainan yang dibawa itulah yang membuatkan #Viyan tampil dengan artikel ini. Viyan percaya saudari TooNice ada kebolehan untuk terus tampil dengan masakan-masakan Melayu yang lagi lazat.
Sekali-sekala kasi lah masakan India pulak. Sape tahu ada resipi tradisi keluarga!
Cumanya, boleh lah pertimbangkan untuk letak sari kata di bawah. Jadi rakan-rakat kita yang lain pun senang dan mudah memahiminya, betul kan?
Apa pun Tahniah dan Selamat Maju Jaya penulis ucapkan kepada Abang Zaki dan keluarga.
Semoga sukses yea .... 👌
Rakyat Malaysia ini banyak keistimewaannya.
Tolak perbezaan ke tepi.
Sama-samalah kita menyanjung kepelbagaian kaum, bangsa dan agama!
End of the day, kita semua SATU KELUARGA!
- Jumpa lagi 👋 @Viyan
No comments:
Post a Comment